Kalium adalah salah satu nutrisi yang penting untuk tumbuhan. Ia merupakan unsur kedua tertinggi dari segi penyerapan. Kalium tidak seperti nutrien lain yang diperlukan sebagai komponen struktur dalam tumbuhan; ia wujud terutamanya sebagai larutan dalam tumbuhan. Ini berkait dengan fungsinya dalam tumbuhan, termasuknya pengawalan osmosis, pengangkutan fotosintat, pengaktifan enzim dan penyeimbangan cas elektrik merentasi membran sel.
Oleh itu, kalium mempengaruhi proses asas tumbuhan seperti fotosintesis, transpirasi dan perkembangan buah. Penyerapan kalium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan masalah kekurangan kalium. Ini menyebabkan kesan negatif seperti pengurangan biomassa tumbuhan, penurunan fotosintesis, hasil tanaman berkurangan, kualiti tanaman menurun dan jangka hayat simpanan yang lebih pendek.
Jadi, kemampuan untuk mengesan kekurangan kalium dengan mudah membolehkan pembajaan kalium yang tepat, sekali gus mengelakkan kerugian hasil tanaman. Berikut ialah 3 tanda visual yang boleh membantu anda mengesan kekurangan kalium di ladang anda.
Tanda Visual 1: Klorisis di tepi dan hujung daun
Klorosis merujuk kepada kekuningan pada daun tumbuhan akibat penghasilan klorofil yang tidak mencukupi. Tumbuhan yang kekurangan kalium biasanya menunjukkan klorosis di hujung daun, tepi daun, dan kadangkala di antara urat daun. Bahagian yang kekuningan ini akhirnya akan berkembang menjadi tompokan nekrosis (tisu mati). Simptom ini biasanya muncul dahulu pada daun tua.
Sebab: Kekurangan kalium menyebabkan penutupan stoma pada daun dan tekanan kekeringan. Hal ini membawa kepada pembentukan spesies oksigen reaktif (ROS), yang menguraikan klorofil dan menyebabkan daun menjadi kuning dan tisu daun mati.
Tanda Visual 2: Batang pendek dan lemah
Kekurangan kalium juga boleh menyebabkan batang yang lebih pendek, lemah dan mudah patah. Keadaan ini dikenali sebagai “rebah”, yang membawa kepada kekurangan hasil.
Sebab: Kekuatan batang dipengaruhi oleh kekuatan dan ketegaran dinding sel. Kalium menyumbang kepada faktor ini dengan meningkatkan kandungan selulosa, serat batang, dan ruang antara ruas pangkal batang. Tanpa kalium, kekuatan batang berkurangan dan risiko rebah meningkat.
Tanda Visual 3: Daun lebih kecil
Tumbuhan yang kekurangan kalium lazimnya mempunyai daun yang lebih kecil berbanding tumbuhan sihat. Daun yang lebih kecil membantu mengurangkan kehilangan air, tetapi kawasan fotosintesis akan menurun.
Sebab: Ketersediaan kalium yang rendah mencetuskan pengangkutan ion K daripada vakuola dan turut mengurangkan tekanan pengembangan intrasel. Pengembangan sel Adalah faktor penting untuk pembesaran sel, pertumbuhan sel dan perkembangan daun.
Selain 3 tanda visual ini, kekurangan kalium juga boleh ditunjukkan melalui tanda-tanda berikut:
Apa yang menyebabkan kekurangan kalium?
Mengapa masih ada masalah kekurangan kalium walaupun sudah sering membaja dengan kalium?
Jawapannya: kekurangan kalium tidak semestinya berpunca daripada kurangnya pembajaan kalium, tetapi boleh disebabkan oleh kalium yang berada dalam keadaan yang tidak boleh diserap oleh tumbuhan. Beberapa faktor berikut boleh menyebabkannya:
pH tanah terlalu berasid
Tanah berasid tidak sesuai untuk penyerapan nutrien kerana ion H⁺ dan K⁺ bersaing untuk tapak ikatan dalam tanah. H⁺ turut menyumbang kepada keasidan tanah. Kalium (K⁺) yang tidak dapat mengikat pada zarah tanah akan mudah larut lesap. Tanah berasid biasanya disebabkan oleh luluhawa kuat. Oleh itu, kehilangan nutrien melalui larutan adalah faktor utama yang mengehadkan hasil tanaman di kawasan tropika.
Kekurangan oksigen dan air dalam tanah
Tanah memerlukan oksigen dan air yang mencukupi untuk perkembangan akar serta penyerapan nutrien. Kekurangan oksigen menghalang pertumbuhan akar, manakala kekurangan air menyebabkan kalium tidak dapat larut, bergerak ke arah akar atau diserap oleh tumbuhan.
Pengurusan nutrien dan amalan pembajaan yang tidak betul
Kalium (K⁺) ialah kation, maka ia mungkin bersaing dengan kation lain seperti magnesium dan kalsium. Terlalu banyak kation lain boleh menggantikan kalium daripada tapak ikatan tanah dan mengurangkan ketersediaannya untuk tumbuhan. Kaedah pembajaan yang tidak betul, seperti kadar pembajaan tinggi tetapi kekerapan rendah, juga meningkatkan risiko larut lesap K dan mengurangkan keberkesanan baja.
Bagaimana menyelesaikan masalah kekurangan kalium?
Untuk mengatasi masalah ini, keadaan tanah perlu ditingkatkan dan bekalan kalium mesti sentiasa tersedia untuk tanaman.
Pengapuran dan penambahan bahan organik
Pengapuran adalah proses penambahan bahan beralkali untuk menaikkan pH tanah. Dengan meningkatkan pH tanah berasid, kapasiti pertukaran kation bertambah, tapak ikatan kalium ditingkatkan, dengan ini mengurangkan kehilangan K melalui larut lesap.
Bahan organik meningkatkan pengagregatan tanah dan kapasiti pertukaran kation, seterusnya meningkatkan penyerapan kalium, pertumbuhan akar dan penyerapan nutrien. Ia juga menstabilkan pH tanah agar tidak mudah berubah.
Penyelesaian AgroBridge:
Gunakan AMICOTE untuk menaikkan pH tanah tanpa merosakkan bahan organik. Berbeza dengan bahan kapur konvensional, AMICOTE menaikkan pH tanah secara stabil dan konsisten, dan pembajaan masih boleh dilakukan dalam tempoh ini. Kesannya dilihat dalam 2 – 4 minggu.
Gunakan baja organic Champion® untuk menambah bahan organik ke dalam tanah. Dengan lebih 50% bahan organik, asid humik dan mikrob berkesan, Champion® ialah baja organik yang boleh dipercayai, berkesan dan mudah digunakan.
Amalan pengairan yang betul
Amalan pengairan yang baik akan memastikan bekalan air sentiasa mencukupi supaya nutrien seperti kalium boleh larut dan diserap oleh tumbuhan. Ia juga mengelakkan masalah terlebih air, yang boleh menyebabkan tanah kekurangan oksigen dan mudah menjadi berasid.
Sumber kalium dan amalan pembajaan yang sesuai
Selain memperbaiki keadaan tanah, kaedah dan sumber kalium juga penting. Pilih sumber kalium berasaskan sulfat untuk mengurangkan kemasinan dan risiko larut lesap. Tingkatkan kekerapan pembajaan dengan kadar pembajaan kecil bagi meningkatkan keberkesanan baja. Pastikan kalsium, magnesium dan kalium dalam tanah mempunyai nisbah seimbang untuk mengelakkan kesan antagonisme. Gunakan baja yang kaya dengan kalium untuk menjamin bekalan kalium mencukupi.
Penyelesaian AgroBridge:
Pilih UNEKA®18S (30K-18S-10Mg) sebagai baja butiran kaya kalium. Peratus K yang tinggi memastikan bekalan kalium jangka panjang untuk tanaman anda.
Gunakan WUXAL® K40 baja foliar apabila keadaan tanah tidak sesuai dan nutrien sukar diserap. WUXAL® K40 membekalkan K melalui daun, dengan teknologi aditif unik untuk memastikan penyerapan nutrien maksimum dan mengatasi masalah kekurangan kalium.
Kesimpulan
Peranan kalium dalam pertumbuhan tumbuhan, hasil tanaman dan kualiti tidak boleh dipandang ringan. Oleh itu, kemampuan untuk mengenal pasti dengan cepat dan tepat adalah sangat penting agar langkah pembetulan boleh diambil.
Masih tidak pasti jika ladang anda kekurangan kalium? Hubungi kami di WhatsApp: +60 12-531 8161 atau hubungi eksekutif teknikal kawasan anda hari ini di sini!