7 Punca Utama Pengguguran Buah

Sebagai seorang pekebun, anda mesti  pernah merasai kegembiraan melihat pokok anda dipenuhi bunga dan buah — namun akhirnya kecewa apabila kebanyakan buah tersebut jatuh ke tanah pada keesokan harinya. Walaupun ini merupakan masalah biasa yang dihadapi ramai orang, kerugian (dan kekecewaan) yang dialami sangat terasa. 

Sertai kami bulan ini untuk memahami sebab-sebab pokok menggugurkan buahnya dan bagaimana kita boleh menangani masalah ini!

 

1 - Feature Picture Durian

 

Memahami Masalah Ini:
Istilah saintifik bagi kejatuhan buah ialah “absisi buah”. Secara umumnya, absisi merujuk kepada proses pemisahan organ tumbuhan seperti daun, bunga atau buah daripada tumbuhan induk. Ia merupakan (1) tindak balas semula jadi tumbuhan terhadap keadaan persekitaran yang mencabar, dan (2) satu cara untuk memastikan tumbuhan dapat membiak dengan berjaya. 

Sebagai contoh, pokok akan menggugurkan daun, bunga dan buah dalam keadaan kemarau untuk mengurangkan transpirasi dan menjimatkan tenaga demi kelangsungan hidup. Pokok juga akan menggugurkan buah yang kurang produktif supaya lebih banyak tenaga boleh digunakan untuk membentuk biji benih yang sihat dalam buah yang tinggal.

 

Penerokaan Lebih Dalam:
Pada peringkat sel, buah akan tertanggal daripada pokok pada kawasan yang dikenali sebagai zon absisi (ZA). Zon ini terdiri daripada sel yang tidak mempunyai dinding sel dan mudah terpisah,. Ia biasanya terletak di satu atau beberapa lokasi pada tangkai buah, bergantung kepada jenis tanaman. Pembentukan ZA bergantung kepada isyarat kimia seperti hormon, sakarida dan poliamina. Contohnya, dua hormon utama yang mengawal proses absisi adalah auksin (menghalang) dan etilena (merangsang).

 

Akibat Pengguguran Buah:
Hasil Tanaman Berkurang
Dari sudut pertanian, pengguguran buah hampir sinonim dengan penurunan hasil dan kerugian tanaman, kerana jumlah buah yang tersedia untuk dituai dikurangkan secara langsung. Dalam tanaman epal, kehilangan hasil sehingga 30% pada awal musim menuai tidak luar biasa. Pengguguran buah yang berlebihan bukan sahaja mengurangkan hasil, malah menyebabkan kerugian kewangan kerana pendapatan menurun tetapi kos kekal sama.

Gangguan Waktu Menuai
Jika pengguguran buah terlalu tinggi, pekebun mungkin terpaksa merangsang semula pembungaan dan pembuahan supaya kerugian hasil dapat diimbangi dengan tuaian baru. Ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi permintaan pengguna tepat pada waktunya, terutamanya bagi buah bermusim seperti durian dan nanas.

 

Punca Pengguguran Buah:
Kejatuhan buah boleh dibahagikan kepada tiga jenis: kejatuhan buah normal, kejatuhan buah fisiologikal dan kejatuhan buah akibat tekanan.

Pengguguran Buah Normal
Kejatuhan buah normal merujuk kepada buah yang telah masak dan dilepaskan oleh pokok sebagai sebahagian daripada proses pembiakan semula jadi. Ini merupakan sebahagian daripada fasa pertumbuhan biasa tumbuhan.

Pengguguran Buah Fisiologikal
Ini merujuk kepada kejatuhan semula jadi yang disebabkan oleh faktor fisiologikal. Contohnya termasuk pendebungaan tidak lengkap, buah cacat dan pokok yang berbuah terlalu lebat. Pendebungaan tidak lengkap dan buah cacat menghasilkan biji benih yang kurang berkualiti. Pokok yang berbuah terlalu lebat pula akan menggugurkan buah disebabkan tekanan dan persaingan nutrien antara buah dan pokok itu sendiri. 

Menggunakan biostimulan yang berkandungan tinggi kalsium dan boron boleh membantu menguatkan proses pendebungaan dan mengelakkan pendebungaan tidak lengkap. WUXAL Ascofol CaB mengandungi 21% CaO dan 1.26% B, serta larutan rumpai laut yang kaya dengan pengatur tumbesaran semula jadi, untuk membantu anda mencegah pengguguran buah akibat faktor fisiologikal.

 

2 - Cropped High Res Physiological Stress BM

 

Pengguguran Buah Akibat Tekanan

Tindak balas semula jadi pokok terhadap tekanan luaran adalah menjalankan absisi untuk menjimatkan nutrien demi kelangsungan hidup. Berikut adalah beberapa punca tekanan:

Tekanan Air
Air memainkan peranan penting dalam fisiologi tumbuhan, iaitu membantu pengangkutan nutrien, struktur dan transpirasi. Dalam keadaan kemarau, hujan lebat atau saliniti tinggi, tumbuhan mengalami tekanan air dan akan menggugurkan organ seperti daun atau buah untuk mengekalkan keseimbangan air dalam badan. 

Bagi mengurangkan transpirasi dan memperlahankan pertumbuhan daun baharu, AgroBridge mencadangkan penggunaan baja kaya kalium seperti WUXAL K40 agar pokok menumpukan pertumbuhan kepada buah. Bagi tanah yang bertakung air, asid fulvik harus digunakan untuk memperbaiki keadaan akar. WUXAL Fulvic mengandungi 18.7% asid fulvik dan sesuai untuk membantu akar menyerap nutrien walaupun dalam keadaan banjir.

 

3 - Cropped High Res Water Stress BM

 

Tekanan Cahaya
Cahaya memainkan peranan penting dalam tumbuhan: ia diperlukan untuk fotosintesis. Ia secara langsung mempengaruhi jumlah karbohidrat dalam tumbuhan. Dalam tempoh cahaya rendah, karbohidrat yang dihasilkan berkurang, dan turut menyebabkan tumbuhan kurang tenaga untuk menghasilkan asid amino yang membantu pembentukan buah. Ini menyebabkan tumbuhan menggugurkan buah untuk mengurangkan beban. 

AgroBridge mencadangkan penggunaan WUXAL Unlock untuk membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan akibat kekurangan karbohidrat. WUXAL Unlock mengandungi 14.2% jumlah asid amino, sesuai untuk membekalkan asid amino yang diperlukan tumbuhan.

 

4 - Cropped High Res Light Stress BM

 

Tekanan Nutrien
Tekanan nutrien boleh berlaku secara kekurangan atau ketoksikan. Kekurangan nutrien bermaksud nutrien yang tersedia untuk pokok tidak mencukupi untuk perkembangan buah. Sebaliknya, ketoksikan nutrien berlaku apabila nutrien berlebihan sehingga mencapai tahap toksik. Nutrien yang biasa kurang termasuk kalium, kalsium, boron dan zink. 

Kekurangan ini boleh diatasi dengan penggunaan baja yang disasarkan. AgroBridge menawarkan beberapa siri produk seperti AgroBridge Complex Special, Innotec dan WUXAL — baja butiran dan foliar yang tepat, berkesan dan mudah digunakan. Antara pilihan popular untuk peringkat pembuahan ialah WUXAL K40 untuk membekalkan kalium, dan Complex Purple Special sebagai bekalan nutrisi seimbang bebas klorida untuk peringkat berbuah.

 

5 - Cropped High Res Nutrient Stress BM

 

Tekanan Suhu
Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan bunga jantan dan betina matang pada waktu yang berbeza, mengakibatkan pendebungaan tidak lengkap dan seterusnya kejatuhan buah. Tempoh cuaca panas yang panjang atau hari hujan yang berterusan juga boleh menyebabkan tekanan suhu. 

WUXAL Ascofol berkesan dalam mengurangkan kesan perubahan suhu yang drastik seperti cuaca panas. Mengandungi larutan rumpai laut semula jadi dan 3.8% boron, ia membantu pendebungaan dan mengurangkan tekanan cuaca.

 

6 - Cropped High Res Temperature Stress BM

 

Tekanan Mekanikal
Tekanan mekanikal merujuk kepada daya fizikal yang menyebabkan kejatuhan buah. Angin kuat dan berdebu serta aktiviti manusia seperti penyemburan boleh menyebabkan buah gugur daripada pokok akibat daya berlebihan. 

Salah satu cara pencegahan ialah dengan menguatkan tangkai buah. WUXAL Ascofol CaB mampu membekalkan kalsium dan boron kepada pokok, membantu menguatkan dinding sel dan mencegah keretakan akibat angin dan aktiviti manusia. Pemangkasan juga boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah buah pada pokok.

 

7 - Cropped High Res Mechanical Stress BM

 

Perosak dan Penyakit
Pencerobohan oleh perosak dan penyakit menyebabkan tekanan dan mencetuskan tindak balas pertahanan dalam pokok. Akibatnya, pokok menggugurkan buah untuk membuang bahagian yang dijangkiti dan menjimatkan tenaga bagi perlindungan diri. 

AgroBridge mencadangkan penggunaan WUXAL Ascofol Zn dan WUXAL Ascofol Cu untuk menguatkan dinding sel terhadap serangan penyakit dan mencegah jangkitan. Walau bagaimanapun, amalan kawalan perosak yang standard tetap perlu diteruskan untuk mengurangkan kejadian perosak dan penyakit.

 

8 - Cropped High Res Pest and DiseaseBM-1

 

 

Tinggalkan mesej di sini untuk maklumat lanjut tentang nasihat nutrisi dan penggunaan produk! Mahu pengalaman lebih eksklusif? Hubungi pegawai teknikal kawasan anda untuk lawatan tapak hari ini!