Ketegangan yang meningkat antara Iran dan Amerika Syarikat sedang mewujudkan ketidaktentuan dala pasaran tenaga dan perdagangan global.
Satu kebimbangan utama adalah Selat Hormuz -- laluan perkapalan kritikal di mana:
~20% bekalan minyak global melalui sini
Sebahagian besar bahan mentah untuk pengeluaran baja turut dihantar melalui sini
Sebarang gangguan di laluan ini boleh memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan pertanian global.
Impak terhadap Tenaga & Kos Global
Disebabkan konflik,
Harga minyak telah melebihi USD 100 / setong - Keadaan ini bukan sahaja meningkatkan kos bahan api, malah turut menambah kos tenaga bagi pengeluaran baja. Baja berasaskan nitrogen khususnya bergantung kepada gas asli yang berkait rapat dengan harga minyak, sekali gus menyebabkan kos bahan mentah meningkat. Kos penghantaran serta pengangkutan bahan mentah dan baja siap juga turut meningkat.
Oleh kerana pengeluaran baja sangat bergantung kepada sumber tenaga, faktor-faktor ini sedang mendorong peningkatan kos di sepanjang rantaian bekalan global.
Situasi Pasaran Baja
Timur Tengah memainkan perana penting dalam membekalak baja serta bahan mentah seperti urea dan ammonia. Perkembangan semasa berkemungkinan menyebabkan:
Kekurangan bekalan akibat gangguan penghantaran
Kenaikan harga baja di pasaran global
Tambahan pula, sebahagian besar perdagangan baja global melalui Selat Hormuz, menjadikannya salah satu titik risiko utamadalam rantaian bekalan global.
Impak terhadap Pertanian
Bagi para penanam, kesannya adalah langsung dan segera:
Kos baja dan input pertanian meningkat
Tekanan terhadap margin keuntungan
Beberapa petani di seluruh dunia telah mula menyesuaikan strategi penanaman atau mengurangkan penggunaan input bagi mengawal kos.
Apakah Maksudnya untuk Anda?
Situasi semasa mungkin membawa kepada:
Turun naik harga baja yang berterusan
Cadangan AgroBridge
Di AgroBrigde, kami bertekad untuk terus menyokong para penanam dalam menhadapi situasi yang tidak menentu ini:
🌱 Rancang pembelian lebih awal bagi memastikan bekalan mencukupi
🌱 Optimumkan penggunaan baja untuk keberkesanan maksimum
🌱 Gunakan penyelesaian nutrisi berkecekapan tinggi (contohnya nutrisi foliar dan formulasi khusus)
🌱 Sentiasa mengikuti kemas kini pasaran melalui wawasan berkala kami
Kami sedia Menyokong Anda
Pasukan kami sentiasa memantau perkembangan situasi global dengan teliti bagi memastikan bekalan kekal stabil serta menyediakan kemas kini tepat pada masanya kepada rakan kongsi kami.
Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam merangcang program nutrisi tanaman, jangan ragu untuk menghubungi kami pada bila-bila masa.