Untuk mengurangkan jangkitan COVID-19, pergerakan diketatkan menghalang pekebun dari menjual produk tanaman mereka. Adalah difahamkan bahawa pekebun harus menebus balik keuntungan dari hasil tahun 2021.
PERMINTAAN NUTRISI YANG TINGGI
Tahun ini, Agrobridge meramalkan hasil tuaian yang baik dari segi kuantiti dan kualiti buah menyebabkan pokok-pokok durian di kebun mengalami permintaan nutrisi yang tinggi. Adalah biasa pekebun menggunakan baja formulasi NPK seimbang, 15-15-15 atau 16-16-16 untuk membantu pokok pulih, tetapi nutrisi seperti unsur surih sering diabaikan. Pakar agronomi mengatakan bahawa pokok yang tidak dibekalkan unsur surih yang cukup memerlukan masa pemulihan yang lebih lama sebelum bersedia membuahkan hasil semula. Sering kali, pekebun durian yang mengetahui kepentingan unsur surih serta membekalkan unsur surih sebelum simptom kekurangan dipamer, biasanya dapat mengeluarkan buah lebih daripada satu musim setahun.
Kata Agrobridge, membetulkan kekurangan unsur surih adalah mudah dengan beberapa pilihan tersedia seperti Complexsupra Granular T.E., formulasi mikronutrien berbutir yang dirumus khas untuk durian, kelapa sawit dan pokok buah-buahan lain. Penyelidikan mengesahkan bahawa dengan adanya unsur surih yang cukup, tanaman menunjuk tindak balas dari segi peningkatkan fotosintesis, kualiti dan hasil buah. Unsur surih juga penting bagi sistem imuniti pokok, umpama manusia, ketersediaan mikronutrien membantu meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
PRODUK FOLIAR DISYORKAN
Complexsupra Granular T.E. khas untuk aplikasi atas tanah, sebagai alternatif Wuxal Microplant disyorkan untuk aplikasi foliar. Wuxal Microplant menyediakan kemudahan kepada pekebun, kerana ia mengandungi formulasi unsur surih yang seimbang, seperti molibdenum (sering tiada atau kurang dalam pelbagai jenis tanah), tembaga, mangan, boron (penting untuk pendebungan) serta dirumus khas dengan nitrogen, kalium, sulfur dan magnesium. Untuk memudahkan pekebun durian menjalan rawatan peringkat lepas tuai, Wuxal Microplant adalah disyorkan kerana ia mempunyai fomulasi yang lengkap dan selamat untuk keperluan tanaman durian dalam peringkat pemulihan yang penting ini.
Five golden rules for foliar fertilisation – Agrobridge (Malaysia) Sdn. Bhd
This year both in quantity and quality, trees in growers’ orchards will experience a heavy nutrient demand from developing and maturing fruit.
This year both in quantity and quality, trees in growers’ orchards will experience a heavy nutrient demand from developing and maturing fruit.