Masalah Penanaman Nanas di Malaysia: Penyakit Heart Rot, Kejadian Melecur dan Penyelesaian Gred Rendah

Nanas (MD2) kini muncul sebagai salah satu tanaman eksport paling berpotensi di Malaysia.

Pada tahun 2024, pengeluaran nanas di Malaysia telah mencapai kira-kira 525,000 tan metrik, dengan lebih separuh daripada jumlah ini tumpu di negeri Johor sahaja (Shah, 2025). Memandangkan industri nanas semakin berkembang sebagai tanaman bernilai tinggi, khususnya varieti MD2, pengusaha kini semakin menitikberatkan penghasilan buah berkualiti tinggi dan Gred Premium bagi memenuhi permintaan pasaran serta meningkatkan potensi pulangan hasil.

Dalam artikel ini, mari kita teliti beberapa masalah yang sering dihadapi dalam penanaman nanas, dan bagaimana anda boleh menggunakan penyelesaian berasaskan nutrisi untuk menangani masalah-masalah tersebut.

 

Penyakit Heart Rot Nanas

Punca:

Penyakit heart rot nanas disebabkan oleh Phytophthora, sejenis oomycete bawaan tanah yang menghasilkan zoospora — struktur yang boleh berenang di dalam air menggunakan ekor seakan-cemeti dipanggil flagela. Patogen ini subur dalam tanah lembap yang bertakung air, dan tertarik kepada rembesan akar yang dihasilkan oleh pokok nanas. Apabila bersentuhan dengan akar, ia akan bercambah dan turut menjangkiti pokok.

Zoospora Phytophthora spp. tertarik dan berenang ke arah akar nanas semasa keadaan lembap.  

Rajah 1: Zoospora Phytophthora spp. tertarik dan berenang ke arah akar nanas semasa keadaan lembap.  

Tanda dan gejala

Berikut adalah beberapa cara untuk mengesan penyakit reput pangkal nanas di ladang anda:

  1. Reput hati: Bahagian pangkal daun paling muda pada pokok menunjukkan reput lembut dan mudah dicabut. Dalam kes teruk, reput ini boleh merebak ke tangkai buah dan menyebabkan reput buah.
  2. Reput akar: Akar pokok yang dijangkiti akan mereput dan menyebabkan pokok mudah tercabut daripada tanah.
  3. Daun kuning: Pertumbuhan pokok mungkin terbantut dan daun akan menjadi kuning atau perang.

Rajah 2: Gejala penyakit heart rot nanas: reput hati (1), nekrosis akar (2) dan klorosis daun (3).  

Rajah 2: Gejala penyakit heart rot nanas: reput hati (1), nekrosis akar (2) dan klorosis daun (3).  

Pencegahan:

Antara cara utama untuk mencegah penyakit ini ialah dengan menguruskan keadaan persekitaran bagi mengehadkan pendedahan pokok kepada Phytophthora. Bina batas tinggi dan sistem parit yang baik supaya air tidak bertakung pada lapisan atas tanah. Bersihkan peralatan dan bahan penanaman secara berkala selepas digunakan untuk mengelakkan pencemaran silang, dan buang sisa tanaman yang dijangkiti daripada ladang bagi mengelakkan penularan ke kawasan yang masih bebas penyakit.

Anda juga boleh mencegah penyakit ini dengan mengukuhkan sistem pertahanan semula jadi pokok, supaya ia lebih tahan dan mampu bertindak balas dengan lebih pantas walaupun terdedah kepada serangan Phytophthora. Sistem pertahanan tumbuhan ini boleh dirangsang dengan menggunakan kalium fosfit, seperti AB Phos daripada AgroBridge. Dirumuskan dengan 41.7% P2O5 dan 27.8% K2O, AB Phos merangsang pelepasan bahan kimia pertahanan untuk memastikan tanaman anda berada dalam keadaan imuniti yang tinggi dan bersedia menghadapi serangan Phytophthora. Langkah pencegahan ini amat penting terutamanya bagi penanam nanas MD2, memandangkan varieti ini lebih mudah dijangkiti berbanding varieti lain.

 

Kejadian Melecur Buah Nanas (Sunburn)

Apakah itu sunburn nanas?

Sunburn nanas adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh pendedahan berpanjangan kepada haba tinggi dan cahaya matahari yang tinggi. Keadaan ini biasanya berlaku di kawasan yang menerima lebih banyak cahaya matahari dan cuaca panas. Gejala sunburn biasanya muncul apabila suhu persekitaran melebihi 32oC.

Tanda dan gejala:

1.Tanda luaran: Tompok kuning muncul pada kulit di bahagian kulit yang terdedah kepada matahari dan haba. Gejala ini semakin teruk sehingga seluruh kulit menguning, membawa kepada nekrosis dan buah retak, yang seteruskan mendedahkan nanas kepada jangkitan.

2.Tanda dalaman: Isi yang terkena sunburn kelihatan lut sinar dan berair. Isinya turut menjadi lembut dan retak apabila dinding sel menjadi lemah dan kandungan sel bocor.

Gejala sunburn nanas: kulit menguning dan retak (1); isi buah lut sinar (2).  

Rajah 3: Gejala sunburn nanas: kulit menguning dan retak (1); isi buah lut sinar (2).  

Pencegahan:

Sunburn nanas boleh dicegah dengan mengurangkan tindak balas tekanan fisiologi pokok serta meminimumkan kesan fizikal tekanan haba.

Ekstrak rumpai laut merupakan salah satu biostimulan yang berkesan untuk mengatasi tekanan haba. Ia secara semula jadi mengandungi bahan bioaktif, hormon tumbuhan, dan antioksidan, yang membantu tumbuhan mengawal hormon tekanan dengan lebih baik. Kloroplas turut dilindungi daripada kerosakan oksidatif, sekali gus menghalang kulit daripada cepat menjadi kuning.

Kesan fizikal tekanan haba — buah lutsinar, retak, dan lembut — boleh dicegah dengan mengukuhkan dinding sel supaya ia tidak mudah rosak. Kalsium dan boron bergabung di dalam matriks dinding sel untuk membentuk struktur yang lebih kukuh dan stabil, memberikan ketegaran serta kekuatan bagi mengelakkan kebocoran kandungan sel, sekaligus memastikan isi nanas tidak retak atau melembut walaupun dalam cuaca panas.

Jika anda mencari ekstrak rumpai laut atau baja kalsium boron, WUXAL Ascofol CaB daripada AgroBridge adalah pilihan yang sangat baik untuk membekalkan kedua-duanya. Produk ini mengandungi ekstrak Ascophyllum nodosum yang digunakan secara meluas untuk melegakan tekanan haba pada tumbuhan. Dirumuskan dengan 21% kalsium dan 1.26% boron, WUXAL Ascofol CaB melindungi nanas anda daripada kesan sunburn, dan memastikan buah anda kekal padat dan utuh walaupun dalam cuaca panas.

 

Gred Nanas Rendah

Di Malaysia, nanas digredkan mengikut tahap kualiti berdasarkan sistem penggredan yang ditetapkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) & Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Piawaian ini merangkumi aspek seperti saiz, keseragaman, rasa (jumlah pepejal larut), kesegaran, kematangan, dan tahap kecacatan. Mendapatkan gred yang tinggi biasanya bermaksud nanas anda boleh dijual pada harga yang lebih lumayan.

Keperluan minimum penggredan nanas Malaysia

Keperluan

Piawaian minimum

Kematangan

Sekurang-kurangnya tahap 2 pada indeks kematangan

Jumlah pepejal larut

>8° Brix

Tangkai buah

Mempunyai tangkai dan bebas daripada sebarang kerosakan

Kesegaran

Permukaan luar yang mantap, pejal, tidak kecut atau layu

Jambul (mengikut kehendakan pasaran)

Bersih, tunggal, tidak bertunas dan lurus

(Sila merujuk kepada piawaian penggredan rasmi FAMA yang boleh didapati di portal rasmi untuk definisi dan keperluan penuh.)

 

Kalium meningkatkan kemanisan dan kualiti buah nanas

Buah nanas anda mungkin tidak mencapai gred premium disebabkan tahap oBrix yang terlalu rendah. Hal ini bermaksud buah nanas anda tidak cukup manis. Untuk membetulkan isu ini, tambahkan nutrisi kalium pada pokok nanas anda. Kalium menjadikan buah nanas lebih berat, lebih manis dan wangi, serta memperbaiki warna isi dan kulit buah. Oleh itu, ia adalah penting untuk menggunakan baja tinggi kalium pada peringkat buah, seperti WUXAL K40 daripada AgroBridge. Dengan rumusan 40% kalium dan nutrien lain untuk meningkatkan kualiti buah, WUXAL K40 ialah penggalak kualiti buah yang berkesan dan menunjukkan hasil dengan cepat.

Perbandingan nanas yang disembur dengan WUXAL Boron (1) dan nanas tanpa WUXAL Boron (2).  

Rajah 4: Perbandingan nanas yang disembur dengan WUXAL Boron (1) dan nanas tanpa WUXAL Boron (2).  

Boron mengawal keseragaman saiz dan bentuk buah

Adakah buah nanas anda bengkok atau tidak seragam saiznya? Boron mengurangkan kecacatan buah, memperbaiki keseragaman saiz, dan memastikan buah masak pada masa yang sama supaya nanas anda mendapat gred yang lebih baik. Boron juga memastikan nanas anda kekal padat dan segar semasa penyimpanan untuk memanjangkan jangka hayat simpanannya. Oleh kerana boron mudah terlarut daripada tanah, baja foliar boron seperti WUXAL Boron daripada AgroBridge adalah pilihan yang hebat untuk memastikan nanas anda menerima bekalan boron yang mencukupi. Selain 9.6% boron dalam rumusannya, ia juga mengandungi 11% N dan 13.8% P untuk meningkatkan kadar pembungaan dan pembentukan buah.



Penanaman nanas di Malaysia penuh dengan pelbagai cabaran. Anda mungkin tidak dapat menghentikan sepenuh masalah seperti reput pangkal nanas, sunburn, atau buah berkualiti rendah daripada berlaku. Namun, masalah ini boleh dikurangkan dengan penyaluran nutrien yang disasarkan dan berkesan, bagi memastikan tanaman anda sentiasa bersedia menghadapi ancaman ini sebelum ia bertukar menjadi masalah yang merugikan.

Dengan bekerjasama bersama AgroBridge, anda bukan sahaja mendapat rangkaian penuh penyelesaian nutrisi kami, malah turut menerima perkhidmatan cemerlang daripada pasukan teknikal kami untuk menyokong anda sepanjang perjalanan penanaman anda.

 

Berminat untuk meningkatkan hasil dan gred nanas anda? Hubungi kami di sini.

AB Phos, WUXAL Ascofol CaB, WUXAL K40, WUXAL Boron

 

 

References

Shah, M.F. (2025) ‘Pineapples go from field to fortune ’, The Star, 28 June. Available at: https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/06/28/pineapples-go-from-field-to-fortune (Accessed: 28 July 2025).