Articles | Agrobridge

MOP vs sop: mana yang baik?

Written by Agrobridge | 2025 Ogos 5 06:41:20

Kalium adalah salah satu makronutrien utama yang penting untuk tumbuhan. Ia memainkan peranan penting dalam:

  • Mengawal keseimbangan air dan mengekalkan cas ionik dalam sel
  • Mengaktifkan enzim metabolik utama
  • Mengangkut gula dan kanji kepada organ pembiakan dan penyimpanan

 

Fungsi penting ini menyebabkan Kalium amat penting dalam meningkatkan kualiti buah-buahan. Ini termasuklah kemanisan, rasa, warna dan ketebalan kulit.

 

Untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk Kalium dalam pengeluaran tanaman, ia biasanya digunakan melalui baja. Di antara pelbagai jenis yang ada, dua bentuk yang paling banyak digunakan ialah Muriate of Potash (MOP) dan Sulfate of Potash (SOP). Tetapi apakah perbezaan mereka? Dan yang mana lebih baik? Mari kita lihat.

 

Apakah MOP dan SOP?

MOP merujuk kepada Kalium Klorida (KCl). Ia adalah baja Kalium yang digunakan paling banyak di seluruh dunia disebabkan harganya yang berpatutan dan kandungan kalium yang tinggi. Tetapi, ia mengandungi klorida yang boleh menyebabkan tekanan pada tanaman yang sensitif klorida.

SOP merujuk kepada kalium sulfat (K2SO4). Walaupun tidak sebiasa MOP, ia merupakan pilihan baik untuk tanaman sensitif klorida kerana sifatnya yang bebas Klorida. Malah, salah satu kelemahan utama adalah kosnya yang lebih tinggi.

 

Apakah perbezaannya?

1. Kandungan kimia

MOP mengandungi ~60% K2O dan ~ 50% Klorida (Cl). Walaupun ia mempunyai kandungan K yang tinggi, kandungan Cl yang tinggi adalah kebimbangan utama bagi tanaman yang sensitif terhadap klorida. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan tekanan klorida dan mengurangkan hasil dan kualiti tanaman.

SOP mengandungi ~50% K2O dan ~18% Sulfur (S). Sifatnya yang bebas Klorida menjadikannya pilihan yang sesuai untuk tanaman yang sensitif terhadap Klorida. Selain itu, ia membekalkan S yang membantu dalam pengeluaran asid amino, toleransi tekanan, dan pembangunan rasa.

 

2. Kos

MOP mempunyai kos yang lebih rendah berbanding SOP. Ini kerana proses pengeluarannya hanya melibatkan perlombongan dan penulenan. Oleh itu, ia merupakan pilihan baik untuk menghasilkan tanaman tahan Klorida pada skala besar apabila kos menjadi isu.

SOP mempunyai kos yang lebih tinggi berbanding MOP. Ia dihasilkan dengan tindak balas KCl dengan asid Sulfurik atau garam Sulfat. Langkah tambahan ini meningkatkan kos akhir. Namun begitu, ia tetap menjadi pilihan utama bagi tanaman premium yang lebih fokus pada kualiti hasil.

 

3. Kesan pada tanah

MOP mempunyai indeks garam yang lebih tinggi berbanding SOP. Ia mudah larut dalam air dan membebaskan ion Klorida. Hal ini meningkatkan kemasinan tanah. Dalam jangka panjang, ia mungkin mengganggu penyerapan air dan meningkatan keasidan tanah.

SOP mempunyai indeks garam yang rendah. Ia larut lebih perlahan daripada MOP dan tidak membebaskan ion klorida, justeru tidak menyumbang kepada salinisasi tanah setinggi MOP. Ini memastikan tanah yang lebih  sihat.

 

4. Kesesuaian tanaman

MOP lebih sesuai untuk tanaman tahan Klorida kerana kandungan Klorida yang tinggi tidak akan mengganggu tanaman-tanaman ini. Beberapa contoh tanaman toleran Klorida ialah kelapa sawit, padi, kelapa dan getah.

SOP lebih sesuai untuk tanaman yang sensitif terhadap Klorida kerana sifatnya yang bebas Klorida tidak akan menjadi masalah. Selain itu, pengambilan sulfur juga meningkatkan kualiti buah, menjadikannya sesuai untuk tanaman buah-buahan premium yang mementingkan kualiti. Contohnya, durian, nangka, cili, betik, tembikai dan timun.

 

 

Kesimpulan

Jadi, adakah MOP atau SOP lebih baik? MOP dengan kandungan Klorida yang tinggi dan keterjangkauan kos adalah lebih baik untuk pengeluaran tanaman tahan Klorida yang berskala tinggi dan kos rendah. Sebaliknya, SOP dengan sifat bebas Klorida tetapi kos yang lebih tinggi lebih sesuai untuk pengeluaran tanaman sensitif Klorida yang mengutamakan kualiti.

Akhirnya, kedua-duanya adalah sumber Kalium yang baik untuk tanaman anda. Selepas semua faktor dipertimbangkan, baja terbaik untuk anda adalah baja yang paling sesuai dengan keperluan anda.

 

 

 

Sudahkah anda membuat pilihan? AgroBridge menawarkan kedua-dua baja sebatian berasaskan MOP dan SOP untuk semua peringkat pertumbuhan tanaman. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut, atau hubungi kami di Whatsapp +60 12-531 8161.