Pencegahan Phytophthora: Melindungi Pokok Anda dengan AB Phos

Pokok durian yang sihat mampu menahan angin kencang dan hujan lebat — namun patogen mikroskopik boleh memusnahkannya dalam beberapa minggu sahaja. Penyakit seperti Phytophthora menyasarkan pokok yang lemah dengan mengeksploitasi kelemahannya dan mengubah tekanan kecil menjadi jangkitan yang membawa maut. Jadi, bagaimanakah anda boleh mencegah perkara ini daripada berlaku?

KANKER AGB EDITED 25

 

Tanda dan simptom

Antara patogen yang paling ketara dalam tanaman durian adalah Phytophthora palmivora, sejenis kulat oomycete yang mampu menyebabkan kehilangan hasil sampai 30% dalam ladang yang dijangkitinya (Drenth dan Guest, 2004). Ia mampu menyebabkan penyakit pada beberapa kawasan pokok, seperti kanker batang, reput buah, reput akar dan juga hawar daun. Simptom-simptom penyakit ini disenarai di bawah:

    • Kanker batang: Tompok kulit mati yang berwarna hitam dan kelihatan basah, menunjukkan tisu berwarna coklat kemerahan di bawah kulit yang mati. 
    • Reput buah: Tompokan kelihatan basah pada permukaan buah yang kemudiannya kering dan menjadi gelap, dengan pertumbuhan kulat berwarna putih atau kelabu pada kawasan dijangkiti. 
    • Reput akar: Akar berwarna coklat gelap dan kelihatan basah. Tumbuhan menunjukkan pertumbuhan terbantut dan daun baru menjadi kuning dan layu. 
    • Hawar daun: Tompok pada permukaan daun yang berwarna coklat dan kelihatan direndam air. Tahap jangkitan yang lanjut boleh menyebabkan matirosot.

                                                 Tompokan hitam kanker batang (kiri). Hawar daun yang menyebabkan matirosot (kanan)

Rajah 1: Tompokan hitam kanker batang (kiri). Hawar daun yang menyebabkan matirosot (kanan).

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

P. palmivora merebak melalui dua jenis spora yang berbeza: zoospora (bergerak) dan klamidospora (tidak bergerak). Zoospora tertarik kepada tisu tumbuhan dan akan berenang ke arahnya melalui air. Setelah bersentuhan dengan tisu tumbuhan, ia akan melekat, bercambah dan menembusi tisu tumbuhan melalui bukaan seperti stomata dan luka. Sebaliknya, klamidospora tidak boleh bergerak tetapi mampu bertahan lama dalam keadaan persekitaran yang tertekan. Spora ini boleh tersebar melalui aktiviti pertanian, angin, hujan dan haiwan.Tanpa pengurusan yang baik, spora-spora ini mudah merebak, menyebabkan jangkitan, kehilangan hasil yang besar dan kematian tanaman.


zoospore

Rajah 2: Kitaran hidup patogen oomycete (Singh et. al., 2025)


Bagaimanakah kita haruslah menghadapi penyakit ini?

Walaupun bahan kimia seperti racun kulat mampu mengawal penyakit Phytophthora dalam pokok yang dijangkiti, kesan-kesan penyakit ini akan melemahkan pokok tersebut dan tempoh pemulihan pokok sehingga tahap pengeluaran hasil pra-jangkitan adalah lama. Tambahan pula, penggunaan kerap racun kulat yang kuat untuk jangka masa panjang mungkin menyebabkan patogen membangunkan rintangan terhadap racun-racun tersebut. Hal ini akan menyebabkan kemungkinan di mana racun ini tidak lagi mencukupi untuk mengawal kesan penyakit ini. Daripada menggunakan racun kulat yang kuat untuk setiap kejadian jangkitan, ia sepatutnya berfungsi sebagai barisan pertahanan terakhir. Sebaliknya, kaedah yang mengutamakan pencegahan penyakit dan pengukuhan sistem imunisasi tumbuhan haruslah diamalkan. 

Dengan mencegah kejadian penyakit, kejadian dan tahap keburukan kesan jangkitan akan menurun, manakala pengukuhan sistem imunisasi dapat menolong tumbuhan bertindak balas lebih cepat terhadap penyakit.

 

Pencegahan kejadian penyakit 

  1. Memilih lokasi yang tidak sering banjir atau mudah digenangi air 
    P. palmivora merebak melalui air, jadi pengurangan genangan air di ladang anda boleh mengelakkan jangkitan. Lokasi yang dipilih juga haruslah mempunyai tanah yang mempunyai saliran air yang baik dan sumber air yang bersih. 

  2. Membina busut untuk pokok dan parit untuk saliran air.
    Pastikan sistem pengairan yang baik disediakan dan elakkan daripada pengairan berlebihan. Ini membantu mengalihkan air yang tidak digunakan, dan boleh mencegah genangan air dan mengurangkan kemungkinan jangkitan. 
  1. Pastikan faktor abiotik berada dalam julat yang sesuai
    Tekanan abiotik akan melemahkan pokok dan menjadikannya lebih mudah terdedah kepada penyakit. Oleh itu, pastikan faktor seperti pH tanah berada dalam julat 5.5 – 6.5, dan pokok-pokok menerima nutrien yang mencukupi. Hal ini boleh membantu pokok-pokok menghadapi faktor abiotik yang tidak terkawal, seperti perubahan cuaca yang melampau. 
  1. Mengurangkan kerosakan daripada perosak dan penyakit yang lain.
    Perosak serangga dan haiwan akan merosakkan pokok dengan buah, dan juga menjadi vektor untuk penyakit yang lain; hal ini akan meningkatkan kejadian jangkitan dan penyebaran penyakit. Pengurusan baik populasi perosak dapat mengelakkan daripada penjangkitan meluas. 
  1. Mengamalkan prinsip biosekuriti semasa mengendalikan bahan dan peralatan tanaman.
    Bersihkan alatan antara setiap penggunaan. Jangan berkongsi alatan antara pokok yang dijangkiti dan pokok yang sihat, dan mengurangkan kecederaan yang berlaku pada pokok. Bahan penanaman seperti biji benih dan tanah hendaklah disimpan di kawasan yang bersih dan kering untuk mengelakkan pertumbuhan patogen. 

BM Preventing Disease Occurrence

 

Pengukuhan sistem imunisasi tumbuhan 

Tumbuhan biasanya mudah terdedah kepada penyakit apabila ia lemah dan tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk sistem pertahanannya melawan perosak dan penyakit. Peringkat berbuah, peringkat pemulihan, dan tekanan persekitaran adalah antara contoh yang memerlukan banyak tenaga. Sebagai contoh, dalam peringkat berbuah, kebanyakan tenaga tumbuhan digunakan untuk membentuk buah, menjadikannya mudah diserang penyakit. Selain itu, tekanan persekitaran juga akan menyebabkan tumbuhan bertumpu pada penyerapan nutrien, dan turut menyebabkannya mudah terdedah kepada penyakit. Akibatnya, tumbuhan mudah dijangkiti dan hasil merosot dengan ketara.

Rintangan tumbuhan terhadap patogen bergantung kepada keupayaannya untuk mengesan kehadiran patogen tersebut. Patogen akan memiliki atau melepaskan bahan kimia tertentu yang boleh dikesan oleh reseptor tertentu dalam tumbuhan. Apabila dikesan, ia akan mencetuskan tindak balas pertahanan dalam tumbuhan untuk mengawal jangkitan. Tumbuhan yang tidak bertindak dengan cukup pantas pula akan dijangkiti penyakit. 

Tindakbalas pertahanan tumbuhan boleh dikukuhkan melalui penggunaan kalium fosfit. Kalium fosfit akan merangsang pertahanan semulajadi tumbuhan dengan mengaktifkan komponen pertahanan seperti molekul isyarat terlebih dahulu, supaya tumbuhan dapat bertindak balas dengan lebih cepat dan kuat apabila serangan patogen berlaku. 

Dengan cara ini, kadar jangkitan dan tahap kerosakan akibat penyakit dapat dikurangkan. Tumbuhan akan menjadi lebih sihat, produktiviti tanaman dapat dikekalkan, dan kehilangan hasil yang tinggi dapat dielakkan. 

 

BM ABPHOS WEB 220525

Apakah itu AB Phos?

AB Phos ialah produk cecair yang mengandungi kalium fosfit, bertujuan untuk menguatkan sistem imunisasi dan tindakbalas tumbuhan terhadap penyakit kulat oomycete seperti Phytophthora palmivora. Dengan formulasi 41.7% fosforus pentoksida dan 27.8% kalium oksida, ia bukan sahaja sesuai untuk tanaman durian, tetapi juga untuk tanaman lain yang menghadapi penyakit yang disebabkan oleh kulat oomycete, seperti tanaman dalam keluarga Solanaceae, keluarga Cucurbitaceae, dan pokok buah-buahan yang lain (e.g. reput akar, downy mildew)

 

Kebaikan menggunakan AB Phos

  • Kehilangan hasil dikurangkan: Tindakbalas yang lebih cepat dan kuat terhadap penyakit kulat oomycete dapat mengelakkan kerosakan yang teruk dan membantu melindungi hasil tanaman
  • Peningkatan penyerapan nutrien: Tindakbalas yang lebih kuat terhadap penyakit oomycete akan membawa kepada perkembangan akar yang lebih baik dan toleransi terhadap tekanan abiotik, dan turut meningkatkan penyerapan nutrien tumbuhan. 
  • Pergantungan pada rawatan kimia dikurangkan: Dengan membolehkan tumbuhan mempertahankan diri daripada penyakit oomycete, keperluan untuk rawatan racun kulat yang kuat dan berterusan dikurangkan, dan pembangunan rintangan racun kulat juga dielakkan.

 

SEBELUM AFTER ABPHOS

Rajah 3: Sebelum dan selepas penggunaan AB Phos.

Gunakan AB Phos sekali setiap dua bulan untuk melindungi tanaman anda daripada penyakit kulat oomycete dan mengelakkan kehilangan hasil. 

Jadual 1: Dos penggunaan AB Phos

Kaedah 

Dos

Siraman tanah

70 mL / 20 L air

Penyemburan daun

50 mL / 20 L air

Fertigasi

160 mL / 20 L air

Suntikan pokok

50 mL / 100 mL air

*Ini hanyalah garis panduan umum. Rujuk eksekutif teknikal anda untuk arahan penggunaan yang lebih mendalam.

 

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi eksekutif teknikal kami di kawasan anda di sini  untuk maklumat selanjutnya.

 

Rujukan

Drenth, A. and Guest, D.I. (2004) Diversity and management of phytophthora in Southeast Asia. Canberra: Australian Centre for International Agricultural Research.

Singh, A. et al. (2025) ‘Management of phytophthora and phytopythium oomycete diseases in Durian (durio zibethinus)’, Crop Protection, 190, p. 107086. doi:10.1016/j.cropro.2024.107086.