Silikon dikenali ramai kerana kegunaannya dalam elektronik. Tetapi, tahukah anda bahawa silikon juga memainkan peranan penting dalam nutrisi tumbuhan?
Adakah dahan pokok anda patah disebabkan beban berat? Ataupun tanaman padi anda rebah selepas ribut? Hal ini mungkin menunjukkan bahawa tanaman anda perlukan sokongan dalaman yang boleh dibekalkan oleh silikon.
Apakah silikon?
Silikon ialah sejenis unsur kimia yang terdapat dalam kerak Bumi, dan hadir dalam tanah terutamanya sebagai bahan silikat. Ia merupakan sejenis nutrien bermanfaat untuk tumbuhan. walaupun ia bukan nutrien yang diperlukan seperti nitrogen atau kalium, silikon masih merupakan nutrien paling penting dalam menggalakkan daya tahan dan prestasi tumbuhan.
Bagaimanakah tumbuhan menyerap silikon?
Silikon berada dalam tanah terutamanya sebagai silikat (seperti kuarza). Bahan silikat merupakan pepejal tidak larut yang tidak boleh diserap oleh tumbuhan. Tumbuhan hanya boleh mernyerap silikon yang berada dalam bentuk asid monosilisik [Si(OH)4] yang larut air dan berasal daripada sisa tumbuhan dan mikroorganisme. Silikon yang sedia diserap oleh tumbuhan berasal daripada larutan tanah dan adalah terhad. Oleh itu, pembajaan diperlukan untuk membekalkan silikon.
Strukutur silikon dalam tanah
Selepas silikon diserap melalui akar dan daun, ia dimendap dalam beberapa kawasan dalam seluruh tumbuhan. Asid silisik berpaut bersama dan menjadi silika amorf, dan dikumpul di dalam dan di antara sel. Pemendapan silika adalah paling tinggi di kawasan daun, batang, akar, bunga, dan tangkai dan sekam untuk tanaman rumpai. Pemendapan silikon ini dipanggil fitolit. Fitolit juga dipanggil "batu tumbuhan" dan bertindak sebagai perisai untuk tumbuhan --- mereka mengukuhkan struktur tumbuhan dan meningkatkan daya tahan terhdapa tekanan.

Contoh pemendapan silikon dalam jagung (a), padi (b) dan gandum (c). (Alhousari dan Greger, 2018)
Mengapakah silikon penting untuk kesihatan tumbuhan?
Silikon meningkatkan kesihatan dan prestasi tumbuhan secara ketara dengan tiga cara:
A. Perlindungan terhadap perosak dan penyakit
Dalam Malaysia, salah satu faktor utama yang mengehadkan produktiviti tanaman ialah perosak dan penyakit, seperti serangga dan penyakit kulat. Cara konvensional untuk mengawal perosak dan penyakit ialah melalui racun yang mengandungi bahan aktif untuk membunuh perosak tersasar. Walaupun cara ini amat berkesan, penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan perosak membina rintangan terhadap bahan aktif tersebut. Hal ini boleh menjadikan bahan aktif tersebut kurang berkesan untuk populasi perosak tersebut pada masa depan.
Daripada hanya bergantung pada racun, kami boleh menggunakan silikon untuk melengkapkan tumbuhan dengan sistem pertahanan yang lebih baik. Fitolit yang diperbuat daripada silikon mampu menguatkan tumbuhan supaya menjadi lebih sukar dimakan oleh serangga. Silikon juga terkumpul di bawah lapisan kutikula dan membentuk lapisan berkembar kuat, untuk mencegah jangkitan kulat, dengan ini turut mengurangkan penyakit kulat.
Lapisan silika-kutikula menjadi penghalang fizikal untuk mencegah jangkitan kulat. (Wang et. al., 2017)
B. Struktur tanaman lebih kuat dan liat
Struktur tumbuhan yang kuat memastikan tumbuhan tidak patah walaupun mengalami tekanan mekanikal, seperti hujan, angin dan beban berat pada dahan. Salah satu cara untuk menguatkan struktur tumbuhan ialah dengan memperbaiki kandungan dinding sel. Selain daripada selulosa dan lignin, silika termendap juga berfungsi seperti eksoskeleton yang menyumbang kepada kekuatan dan ketegaran tumbuhan.
Tumbuhan jenis rumpai seperti padi mudah mengalami rebah padi (lodging), iaitu kejadian batang bengkok atau patah disebabkan hujan, angin ataupun tangkai berat. Oleh itu, tumbuhan yang tinggi dengan batang lemah dan buah berat lebih terdedah kepada rebah padi. Silikon boleh memastikan pokok padi masih berdiri tegak dalam keadaan cuaca buruk. Ia berfungsi seperti perancah dalaman untuk tumbuhan, dan menjadikan padi lebih tebal dan tegar.
Untuk tanaman daun lebar seperti durian, dahan pokok yang berbuah banyak dan ada beban berat lebih terdedah kepada kepatahan, terutamanya pokok tua. Dahan berat dan panjang juga mudah patah semasa cuaca hujan dan angin. Justeru, silikon boleh ditambahkan dengan kalsium untuk menguatkan dahan pokok. Fitolit boleh mengukuhkan dahan dan tangkai supaya mengurangkan masalah dahan patah dan keguguran bunga dan buah.
C. Daya tahan terhadap tekanan alam sekitar
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan iklim telah menyebabkan cuaca yang tidak dapat diramalkan dan menyebabkan tekanan persekitaran terhadap tanaman. Tekanan seperti kemarau, perubahan suhu yang melampau dan kemasinan boleh menyebabkan kesihatan tumbuhan yang buruk dan hasil yang berkurangan. Ini dapat dilihat pada musim berbunga dan berbuah yang tidak konsisten, dan penurunan hasil.
Walaupun faktor persekitaran seperti cuaca dan kemasinan tidak selalu dapat dikawal atau diramalkan, kita dapat memastikan bahawa tanaman kita dilengkapi dengan baik untuk menghadapi keadaan yang keras ini.
Salah satu cara untuk melakukan ini adalah melalui aplikasi silikon. Silika yang termendap dalam daun menjadikannya lebih tegar dan tegak. Oleh itu, daun masih dapat melakukan fotosintesis walaupun berada dalam keadaan tekanan air. Tambahan pula, silikon membantu mengurangkan kehilangan air semasa tekanan suhu, dan menguatkan dinding sel untuk mencegah kebocoran sel dan kejadian layu dalam keadaan masin. Silikon membantu tumbuhan mengekalkan penyerapan air dan nutrien, dan bertindak seperti perisai terhadap keadaan iklim yang buruk.
Pembajaan silikon dengan WUXAL Silicon
Seperti yang dinyatakan, silikon tanah adalah terhad untuk penyerapan tumbuhan. Oleh itu, pembajaan foliar ialah kaedah yang berkesan untuk membekalkan silikon.
![]()
Tanaman padi disembur dengan WUXAL Silicon mempunyai batang lebih tebal, beranak lebih dan akar lebih panjang.
Satu percubaan padi oleh AgroBridge menggunakan WUXAL Silicon menunjukkan hasil yang baik. Dengan menggunakan sukatan 150mL sehektar pada hari ke-40 dan ke-60, pokok padi yang disembur silikon menunjukkan diameter batang dan ketegaran yang lebih meningkat, pertumbuhan yang lebih teguh dan perkembangan akar yang lebih panjang. Ini meningkatkan daya tahan terhadap perosak, rebah padi dan tekanan alam sekitar.
Rumusan nutrisi keseluruhan
Salah satu faktor yang menonjolkan WUXAL Silicon ialah rumusan nutrisinya yang menyeluruhkan untuk pelbagai jenis tanaman. WUXAL Silicon mengandungi pelbagai jenis unsur surih seperti kuprum, mangan dan zink yang meningkatkan sistem pertahanan dan daya tahan tekanan tumbuhan. Unsur-unsur surih ini meningkatkan keberkesanan silikon, dan mengelakkan aplikasi tambahan unsur surih.
Kandungan WUXAL Silicon di bawah:
![]()
Aditif WUXAL
Salah satu lagi ciri WUXAL Silicon ialah 7 aditif unik yang terdapat dalam semua produk WUXAL.

Aditif WUXAL meningkatkan penyerapan silikon dan memastikan keberkesanan tertinggi.
Penyemburan foliar adalah aktiviti yang memerlukan tenaga kerja banyak kerana biasanya terdapat pelbagai jenis produk foliar dan racun yang perlu digunakan. Aditif-aditif unik ini banyak meningkatkan keserasian produk WUXAL. Oleh itu, WUXAL Silicon boleh dicampur dengan produk foliar WUXAL lain, dan juga dengan racun didaftar, supaya boleh disembur sekaligus. Tambahannya, aditif-aditif ini mampu mengekalkan nutrisi pada daun untuk masa lebih panjang, dan tersebar lebih sekata pada permukaan daun. Jadi, tekanan seperti cuaca panas dan cuaca hujan tidak akan mempengaruhi penyerapan.
Walaupun silikon bukan nutrien sepenting nitrogen, manfaatnya dalam perlindungan terhadap perosak, sokongan struktur dan daya tahan tekanan menjadikannya tambahan yang berharga kepada sebarang program pembajaan.
Berminat mencuba WUXAL Silicon? Hubungi Eksekutif teknikal kawasan anda di sini, atau WhatsApp kami di +60 12-531 8161 untuk maklumat lanjut!
.png?width=1594&height=2126&name=IMG_1139(1).png)